Friday, 1 April 2011

CABARAN HEBAT DAN LASAK ARUNG JERAM GARUT


Berteriaklah sekuat hati seolah-olah anda terlepas daripada semua masalah. Itulah yang akan anda lalui bila melintasi jeram dan air sungai yang deras. Setiap kali berhadapan dengan jeram anda akan berteriak dan menjerit tetapi anda tidak akan puas dan anda akan terus meminta untuk bertemu dengan jeram yang lebih besar dan lebih hebat lagi kerana teriakan itu membuatkan anda melontar keluar segala persoalan tentang kehidupan ini. Itulah kehebatan arung jeram atau rafting yang terdapat di sungai-sungai di Garut.

Arung Jeram adalah kegiatan yang memerlukan kemampuan fizikal dan mental karena ianya berkitan dengan cabaran dan adanya tentangan alam. Ramai yang berkata dengan adanya aktiviti lasak seperti arung jeram ini, peserta akan merasa excited  dan stress yang membebani fikiran akan hilang. Maka tidak hairanlah ada peserta yang seolah-olah ketagihan dan mahu lakukannya pada setiap minggu. Yang lebih penting lagi aktiviti ini di lakukan secara berkumpulan dan sudah tentu anda akan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan anda dengan lebih mesra lagi. Anda akan berteriak bersama rakan-rakan anda dalam irama yang sama  setiap kali melintasi jeram nanti.

Anda juga boleh menikmati pemandangan hijau sepanjang perjalanan  menyusur sungai dengan kedinginan suasana. Yang pastinya anda tidak akan terasa kebosanan kerana anda adalah sebahagian daripada pasukan yang mencipta kehebatan untuk diri sendiri.

Ada yang berpendapat bahawa aktiviti  arung jeram ini dapat meningkatkan kemampuan dan kekuatan jantung serta paru-paru, kekuatan dan daya tahan otot, serta fleksibiliti sendi bahu dan pinggang di samping tubuh  merasa lebih sasa dan segar. Arung jeram merupakan aktivitas yang sangat menarik dan di katakana juga dapat membantu dalam memacu adrenalin. Sertailah kami untuk berarung jeram di Garut nanti. Anda boleh mencuba dan sudah pasti anda ingin mencubanya lagi walaupun anda tidak boleh berenang. Bersama anda di Garut nanti. Hubungi 013 3416783-hashim
 

Wednesday, 30 March 2011

TARIAN JAIPONGAN YANG MEMPESONAKAN


Pernah menonton Jaipongan? Mungkin yang pernah di lihat cuma pertunjukan di majlis rasmi sahaja tetapi Jaipongan yang sebenar adalah jauh lebih hebat dan mengasyikan. Ada yang berkata Jaipongan  begitu erotis, lentok dan lenggoknya membuatkan lelaki tidak senang duduk dan senyuman penarinya membuatkan penonton tidak dapat tidur nyenyak. Itu gambaran kehebatan Jaipongan, sejenis seni gerak tari yang lahir dari kreativitas seorang seniman asal Bandung, Gugum Gumbira.

Ia terinspirasi pada kesenian rakyat yang terlahir dalam msayarakat Sunda. Gerak tarinya di serlahkan lagi dengan gerakan tangan, badan dan juga punggung penari berkenaan yang semuanya memperlihatkan  interaksi antara penari dengan penonton. Gerak tarinya di katakan berasal daripada Kliningan atau Bajidoran atau juga di panggil Ketuk Tilu yang membentuk  pola-pola gerak tari tradisi sehingga ia dapat mengembangkan tarian atau kesenian yang kini cukup dikenali dengan nama Jaipongan.


 Karya Jaipongan pertama yang mulai dikenal oleh masyarakat adalah tari “Daun Pulus Keser Bojong” dan “Rendeng Bojong” yang keduanya merupakan jenis tari putri dan tari berpasangan (putra dan putri). Pada awal kemunculan tarian tersebut ianya  dianggap sebagai gerakan yang erotis dan vulgar, namun semakin lama tari ini semakin popular dan mulai meningkat permintaan untuk pertunjukkannya baik sama ada di TV,  maupun perayaan-perayaan yang disenggelarakan oleh kerajaan atau  oleh pihak swasta.

Dari tari Jaipong ini mulai lahir beberapa penari Jaipongan yang handal seperti Tati Saleh, Yeti Mamat, Eli Somali, dan Pepen Dedi Kirniadi. Kehadiran tari Jaipongan ini juga memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap para pencinta seni tari untuk lebih aktif lagi menggali jenis tarian rakyat yang sebelumnya kurang di perhatikan. 

Pihak kami sedia mengaturkan pertunjukan Jaipongan ini jika ada permintaan daripada kumpulan-kumpulan tertentu yang menyertai Kembara Belantara ini.