Wednesday, 30 March 2011

SEMUANYA ADA DI GARUT…

 Bila kita memperkatakan tentang cinta kepada alam dan ingin mengalami pengalaman indah dalam kembara belantara di samping dapat merakam kecantikan dan keterujaan kepada alam, Garut adalah antara distinasi yang perlu di hayati dan di jelajahi secukupnya.

Terletak begitu hampir dengan Bandung, iaitu kira lebih dua jam perjalanan, Garut yang terkenal dengan industri dodolnya tidak menghidangkan kesibukan atau simpang siur kenderaan pada bandarnya. Semuanya ternyata masih aman dan lebih membawa ketenangan lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan hamparan alamnya yang begitu permai. 

Bandar kecil ini terlalu banyak keistimewaan kata mereka yang telah menjelajahi Garut sebelum ini. Gunung berapi Papandayan adalah tarikan utama yang mana ramai pengunjung terpegun dengannya. Bahkan terdapat ramai pengunjung yang mendaki gunung itu pada waktu tengah malam untuk melihat panaroma matahari terbit pada paginya. Garut juga mempunyai banyak kawasan tanah dan air panas. Salah satu kawasan tanah yang begitu panas dan di katakan yang terpanas di Indonesia terletak di daerah  berkenaan.

 Selain itu, kawasan gunung- ganang, sawah padi, lereng bukit, sungai dan curam yang dapat memikat penggemar sukan lasak air  juga  dapat di temui di Garut. Cara kehidupan masyarakat Garut yang tinggi nilai budayanya  akan melengkapkan kepuasan dan pengalaman ketika berada di kawasan istimewa di Jawa Barat ini nanti. Program atau ekspidisi yang kami atur bermula di Kota Bandung hingga ke Garut sudah tentulah  ianya akan menjadi kenangan yang hebat dan boleh di ceritakan kepada yang lain bila pengalaman-pegalaman itu dapat di rakamkan dengan kamera anda sendiri.



Itulah manifestasi kami. Kita merakamkan keterujaan alam semula jadi dengan kamera kita sendiri dengan kebolehan yang termampu kita tonjolkan. Jadual kami di Garut tidak sahaja tertumpu pada siang hari tetapi juga pada waktu malamnya. Kami akan bersama anda memenuhi impian ini. Anda pastinya mempunyai banyak cerita jika bersama kami ke Garut nanti.


No comments:

Post a Comment